Friday 19 July 2013

KAIN SULAM TIMBUL INDONESIA


Khas untuk para wanita yang suka bergaya dan mementingkan kelainan, kami terbangkan Kain Sulam Timbul khas dari Indonesia dengan harga yang AMAT RENDAH!!! 


Kain Sulam Timbul Indonesia 
*4 METER
*BIDANG 60
*HARGA RM 100 (not including postage)

> Antara koleksi Kain Sulam Timbul Indonesia






Untuk melihat lebih banyak koleksi kain-kain seperti ini, lawati dan like facebook page DUNIA KAIN di facebook.com/duniakain4u 

Monday 15 July 2013

TEAM MOBILE DUNIA KAIN


Ramai yang tidak tahu akan kewujudan Team Mobile Dunia Kain.

Jadi, apakah sebenarnya Team Mobile Dunia Kain ini?

Selain beroperasi di gudang (yang terletak bersebelahan LRT Cheras) dan secara online, kami juga akan bergerak dari satu tempat ke satu tempat untuk mempromosi dan menjual produk-produk kami pada harga yang sangat rendah!

"BOSS TAK TAHU HARGA YANG KAMI BAGI"

Ya! Harga yang ditawarkan bagi barang-barang jualan kami adalah jauh lebih rendah dari harga gudang atau online. Anda pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk mendapatkan harga yang tersangatlah rendah, kalau boss kami tahu, pasti terduduk beliau! Shhhhh, jangan bagitahu boss kami. Hehe. ;)

Baru-baru ini, pada hari Sabtu bersamaan dengan 6 Julai 2013, Team Mobile Dunia Kain telah memulakan langkah pertamanya di Masjid Bukit Indah Ampang sempena dengan Jumble Sale for Palestine anjuran Aqsa Syarif. 

Tujuan karnival jualan ini diadakan adalah untuk mengumpul dana bagi membantu saudara-saudara kita di Palestine yang menjadi mangsa kekejaman Israel. 'Berniaga sambil beramal' dan 'Membeli sambil beramal' menjadi tema karnival pada hari tersebut. 

Booth kami di Masjid Bukit Indah Ampang sebelum jualan bermula. 

Alhamdulillah, Jumble Sale tersebut mendapat sambutan yang memberasangkan daripada penduduk sekitar kawasan Ampang mahupun dari luar kawasan Ampang. Team Mobile Dunia Kain berharap agar pihak Aqsa Syarif telah mencapai objektif mereka melalui karnival ini dan sedikit-sebanyak dapat meringankan beban saudara-saudara kita di Palestine. 

Team Mobile Dunia Kain amat mengalu-alukan mana-mana pihak di luar sana yang ingin dan sudi menjemput kami untuk membuka booth di program anjuran mereka. 

Kami boleh dihubungi melalui talian 016770 3799 atau emel dunia.kain4u@gmail.com. :)

Monday 1 July 2013

JAHIT CORNER @ DUNIA KAIN


Di Dunia Kain, kami prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh kebanyakan pelanggan yang minat menjahit tetapi tidak mempunyai mesin jahit di rumah. 

Oleh itu, kami menawarkan satu perkhidmatan yang unik, yang tidak pernah ditawarkan oleh mana-mana kedai lain iaitu perkhidmatan jahit 'self service' bagi mesin jahit tepi dan mesin jahit lurus.


Jika anda mahir menjahit dan memerlukan mesin jahit, anda bolehlah datang ke gudang kami dan menggunakan mesin tersebut di sini selama mana yang anda mahu dengan bayaran yang berpatutan.




JAHIT CORNER @ DUNIA KAIN 

DIBUKA SETIAP HARI DARI JAM 12.30 TENGAH HARI -9.30 MALAM.

PERKHIDMATAN JAHIT
SELF SERVICE

MESIN JAHIT LURUS
RM 4  bagi setiap 30 MINIT

MESIN JAHIT TEPI
RM 4 bagi setiap 30 MINIT

*Benang dibawa sendiri

*Sekiranya anda berhasrat untuk menggunakan mesin ini dalam tempoh yang lama (lebih dua jam), harga pakej istimewa boleh dirundingkan dengan pihak kami. 

Jadi jangan risau, jika anda ingin menjalankan perniagaan menjahit baju atau apa sahaja menggunakan mesin kami, pihak kami amat mengalu-alukannya kerana di Dunia Kain, kami mahu berniaga bersama-sama anda. :)

 Dua buah mesin jahit yang disediakan untuk kegunaan anda. 


Keselesaan anda di Jahit Corner menjadi keutamaan kami. 


Mesin Jahit Lurus

Mesin Jahit Tepi

Jika anda berminat, sila SMS/WHATSAPP di nombor 016-7703 799 untuk membuat tempahan. Tempahan awal sekurang-kurangnya sehari sebelum adalah digalakkan. :)


JUMPA ANDA DI DUNIA KAIN! :)

Saturday 29 June 2013

TAWARAN MENARIK DI DUNIA KAIN

Dunia Kain (DK) menawarkan:

a) Bagi rakan – rakan peniaga online, DK menawarkan untuk letak barang/storage dengan percuma sampai bila – bila selagi kedai dibuka. Jadikanlah kedai kami storage barang anda. Anda boleh bawa masuk atau keluar barang ini mengikut keperluan anda. Keistimewaan ini saya tawarkan pada mereka yang sanggup menyertai kami di peringkat awal ini atau kami istilah selaku Team Badar. Tanya kami bagaimana 

b) Membantu mereka yang mahu berniaga tetapi tiada modal. Kami menawarkan skim Geng Dunia Kain bagi membantu mereka yang ingin memulakan perniagaan tanpa modal. Tanya kami bagaimana 

c) Pada mereka yang mahu cuba – cuba meniaga tetapi belum bersedia full time, kami menawarkan konsep Sewaan Ruang Meniaga Harian di dalam kedai kami atau slogannya “Jom Meniaga Sama – sama”. Sewa adalah bermula serendah RM 30 sehari. Tanya kami bagaimana 

d) “Like for Discount”. Semua yang like Fan Page kami akan mendapat diskaun one off berjumlah RM5 . Bermula 29 Jun 2013

e) “Monthly Winner”. Sesiapa yang paling banyak share status kami dalam sebulan akan menerima sepasang kain cotton 4m percuma! Bermula 1 Julai 2013!

f) DK sedar bahawa ramai yang pandai menjahit, tetapi tiada mesin jahit sendiri. Jadi kami akan juga menawarkan perkhidmatan revolusi “Mesin Jahit Self Service”. Gudang berkenaan akan ada Mesin Jahit Lurus dan Mesin Jahit Tepi. Dengan caj yang minima, anda boleh menjahit sendiri baju anda.

g) Team Mobile Dunia Kain pula akan bergerak dari satu tempat ke satu tempat lain bagi menawarkan pelbagai promosi menarik untuk anda semua

Ada beberapa marketing improvisation akan dilakukan lagi dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Sokongan anda semua yang dikasihi adalah amat kami perlukan dan diucapkan terima kasih yang tidak terhingga.

Kalau ada cadangan penambahbaikan, DK amat alu – alukan. Mohon maaf kalau ada kekurangan atau ketidak cekapan di peringkat awal ini.

Kami budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan 

"DI DUNIA KAIN, KITA BERNIAGA BERSAMA - SAMA"